Tuesday 30 June 2015

Panduan penyediaan makanan bayi


              Assalamualaikum

Bayi mula makan pada usia 6 bulan apabila tubuh badan mereka sesuai untuk menerima makanan. Ini bermakna usus bayi pada usia 6 bulan matang untuk memproses makanan. 

Tidak perlu, bermula dengan makanan yang berat  ini kerana perut bayi belum dapat membiasakan lagi dengan kandungan makanan. Bagi ibu bapa yang pertama kali menimang cahaya mata pasti runsing dan risau makanan apa yang perlu diberi pada bayi.

Bolehkah bayi makan dalam kuantiti yang banyak atau kenyangkah bayi sekadar hanya makan sikit. Atau makanan yang boleh menyebabkan bayi mereka naik ruam atau muntah-alahan pada sesetengah makanan.(rujuk pada klinik sekiranya bayi anda mempunyai alahan sesetengah makanan).
              
 Untuk maklumat ibu bapa, pada usia 6 bulan bayi masih lagi meyusu dan makanan hanyalah sebagai tambahan sahaja. Bayi yang mula makan akan kurang minum susu ini kerana makanan boleh menyebabkan bayi mudah kenyang dalam jangka masa yang lama. 

Misalnya dahulu bayi akan menyusu setiap 2 jam sehinggalah bayi kenyang tetapi perubahan akan belaku dimana bayi yang mula makan akan hanya menyusu sekali dalam  tempoh  6 jam atau kurang.

Para ibu bapa yang ada keinginan untuk masak sendiri makanan bayi anda boleh membeli kelengkapan alatan seperti blender bayi dan alat pemanas makanan. Ini memudahkan khususnya ibu yang bekerja dan mempunyai masa yang terhad untuk menyediakan makan kepada bayi mereka.

Selain itu, terdapat  pelbagai jenis makanan bayi yang dijual dipasaran.makanan ini samada telah diproses atau di bekukan bagi membantu ibu bapa menyediakan makanan bayi dengan mudah dan cepat.

Saya juga seorang ibu dan seorang pekerja dan gemar masak makanan untuk bayi saya. Sekiranya bayi dijaga oleh pengasuh, saya akan membekalkan makanan bayi yang cukup bagi memastikan bayi saya sentiasa diberi yang terbaik.


Oleh itu, bagi membantu para ibu bapa beberapa panduan mudah untuk ibu atau bapa dalam penyediaan makanan pada bayi, dan pastikan makanan bayi dalam keadaan bersih.:-

1. Bahan-bahan makanan haruslah bersih dan      segar- makanan jenis organic 
2. Mulakan dengan buah-buahan atau sayur-      sayuran yang telah distim-lembutkan
3.Barulah boleh diblenderkan/hancurkan makanan menjadi halus(puri) 
4. Untuk percubaan yang pertama bayi akan makan dalam jumlah yang sikit sahaja. Oleh itu, ibu bapa gunakan bahan dalam kuantiti yang sedikit bagi bayi merasa dahulu makanan.
 






5. Reaksi bayi samada akan menolak atau menerima makanan bergantung pada deria rasa bayi masing-masing. Bayi lebih cenderung menerima makanan yang manis berbanding masam atau pahit.
6. Oleh itu, sekiranya anda menyediakan makanan pada bayi elakkan pengunaan garam atau sebarang perasa. Rasa daripada sayur-sayuran atau buah-buahan membantu menaikkan selera bayi.
7. Perlu diingat bayi tidak makan dalam jumlah yang banyak kerana masih minum susu, jenis buah- buahan dan sayur-sayuran tertentu sahaja yang boleh diberikan pada bayi.

8. Gunakan  peralatan seperti sudu yang lembu untuk menyuap bayi . ia memberi keselesaan pada gusi bayi yang lembut
9. Pastikan makanan yang disuap ditelan sehingga mulut bayi kosong tiada makanan tertinggal-mengelak daripada tercekik

10. Sudahkan makan dengan air putih, ia dapat mencuci mulut bayi selepas makan
11. Pastikan bayi duduk ketika makan jangan berbaring atau memangku bayi ini kerana bagi mengelak bayi tercekik atau tersedak.
12. Sekiranya anda menyejuk bekukan makanan bayi pastikan makanan tidak terdedah dalam peti sejuk kerana ini menggalakkan pembiakan bacteria dalam makanan dan makanan ini boleh menyebabkan bayi mudah mendapat sakit perut.
13. Pastikan makanan sejuk beku tidak lebih dari sebulan (mengikut jenis makanan) dan pastikan bekas sentiasa dilabel tarikh di buat. 
14. Cara memanaskan makanan bayi- sekiranya anda menggunakan makanan beku pastikan makanan tersebut dibiarkan dalam peti sejuk bawah atau suhu bilik dahulu sehinggalah ia mulai cair. Ini kerana, apabila makanan sudah lembut, makanan mudah di panaskan dan keadaan makanan masih baik. Dan panaskan tidak terlalu lama, hanya 10 minit ikut pada kuantiti makanan tersebut.
15.  Sekiranya makanan tidak dimakan habis, jangan menyimpan semula makanan.ini bagi menjaga kebersihan makanan.
16. Bayi tidak perlu makan 4 kali sehari seperti orang dewasa sesetengah bayi hanya makan sedikit sahaja. Apabila selesai member bayi makan, ibu bapa hendaklah sendawakan bayi .ini bagi meggelak bayi dari memuntahkan kembali makanan yang tidak dihadam.


No comments:

Post a Comment